Sakit Sendi / Lutut

Mereka yang berumur lebih 50 tahun sering mangadu mengalami sakit sendi terutama pada bahagian lutut kerana sendi telah mula haus.
Jenis-jenis atau Punca Penyakit
Punca penyakit:
1. Hormon pada wanita berkurangan kerana 'menopaus' (putus haid)
2. Ia menyebabkan tulang menjadi lembut dan cepat haus
3. Pertambahan berat badan (over weight) yang tidak mampu manahan beban tubuh
4. Otot-otot dan sendi yang semakin lemah
5. Kurang aktiviti sukan
6. Peningkatan usia
Sintom 1. Sakit dan terasa bunyi meletup dalam sendi dan lutut cepat bengkak kerana terdapat pendarahan
2. Cedera kerana putusnya urat 'cruciate'
3. Bengkak dan panas
4. Sukar untuk bersiri

Langkah pencegahan:
1. Lakukan aktiviti sukan seperti berjoging dan berenang
2. Makan makanan yang seimbang
3. Lebihkan keperluan kalsium (1,000 - 1,500mg) sehari
4. Kurangkan berat badan
5. Kurangkan aktiviti yang lasak dan boleh menyebabkan kecederaan pada lutut


Komplikasi:
1. Kecederaan pada lutut menyebabkan ia semakin haus. Sekiranya ia dibirakan tanpa rawatan, pergerakan seseorang itu akan terjejas di mana ia tidak boleh berjalan jauh
2. Aktiviti harian juga tergugat kerana lutut semakin lemah

SENARAI BACAAN AYAT-AYAT PENAWAR UNTUK SAKIT LUTUT ATAU SAKIT SENDI-SENDI:

(Pesakit hendaklah berjumpa saya terlebih dahulu sebelum memulakan amalan-amalan ini.)

A. Amalan Minggu Pertama dan Kedua:

1. Surah An-Faal ayat 72 hingga 75, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Qaaf ayat 16 hingga 45, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

B. Amalan Minggu Ketiga dan Keempat:

1. Surah Qasas ayat 51 hingga 59, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Asy-Syura ayat 17 hingga 26, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.