Busung (Asites)

Sejenis sintom penyakit di mana keadaan perut seseorang menjadi kembung atau buncit. Penyakit ini di sebabkan oleh penyakit fizikal seperti kanser, masalah kegagalan jantung, hati atau buah pinggang, atau penyakit gangguan akibat terkena sihir.

Jenis-jenis atau Punca Penyakit
Punca penyakit:
1. Masalah kegagalan jantung mengepam darah ke dalam tubuh meyebabkan air yang banyak terkumpul di dalam badan. Akibatnya, perut atau kaki menjadi bengkak.

2. Masalah hati - penyakit hepatitis B atau C menyababkan terjadinya 'sirosis" atau masalah hapar.

3. Kegagalan buah pinggang - mengakibatkan air berkumpul di bahagian peritoneum dan bengkak pada kaki atau perut. Implikasinya seluruh badan kelihatan kekuningan, hilang selera makan, gatal seluruh badan, sukar bernafas serta pengeluaran air kencing berkurangan.

4. Kanser di dalam perut atau abdomen.

5. Kanser usus, kanser hati, kanser ovary atau uterus, kanser paru-paru.

6. Akibat terkena perbuatan sihir.
Sintom 1. Perut atau abdomen menjadi bengkak atau buncit.
2. Demam.
3. Hilang selera makan.
4. Berat badan menurun.
5. Terdapat darah di dalam najis.
6. Cirit birit.
7. Jika di sebabkan oleh sihir, pesakit akan merasa bisa pada waktu-waktu yang tertentu sahaja.

SENARAI BACAAN AYAT-AYAT PENAWAR UNTUK PENYAKIT BUSUNG:

(Pesakit hendaklah berjumpa saya terlebih dahulu sebelum memulakan amalan-amalan ini.)

A. Amalan Minggu Pertama dan Kedua:

1. Surah Asy-Syu'araa' ayat 95 hingga 118, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Ar-Ra'd ayat 30 hingga 34, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

B. Amalan minggu ketiga dan keempat:

1. Surah Asy-Syura ayat 17 hingga 26, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Al-Maa'idah ayat 27 hingga 32, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.