Ketumbuhan Otak (Brain Tumor)

Ketumbuhan Otak (Brain Tumor)
Kategori Rohani
Pengenalan Ketumbuhan otak atau 'brain tumor' itu sering di salah ertikan sebagai kanser otak

Ketumbuhan otak boleh berpunca dari otak itu sendiri atau merebak dari ketumbuhan di tempat lain. Tidak semua ketumbuhan itu kanser tetapi kanser itu merupakan sejenis ketumbuhan
Jenis-jenis atau Punca Penyakit
Jenis-jenis penyakit:
1. Ketumbuhan benign (jinak)
- Seperti glioma, ganglioglioma, meningioma, ketumbuhan kelenjar pituitari dan tumor neurofibroma

2. Malignan (ganas) atau kanser
- Kanser dikategorikan sebagai penyakit yang berpotensi untuk membesar dengan cepat dan merebak ke tulang, hati, paru-paru serta sel-sel lain di dalam tubuh
Ketumbuhan malignan terbahagi dua:
a. Ketumbuhan primer
- Terdiri daripada glioma malignan dan meningioma malignan
b. Ketumbuhan sekunder
- Kanser dari paru-paru, buah dada, rahim, serviks, perut, kulit dan leukimia

Punca penyakit:
1. Genetik atau keturunan
2. Jangkitan virus
3. Kecederaan otak
4. Radiasi
Sintom 1. Lemah pada sebelah badan seperti terkena strok, di mana ia berlaku secara berperingkat-peringkat (progressive weakness)

2. Epilepsi (sawan) partial (cetusan elektrik dari sebahagian otak)

3. Pesakit sering mengadu sakit kepala yang berturusan dan sukar dikawal disertai muntah yang memancut (projectile vomiting)

4. Rabun mata yang berterusan disebabkan tekanan pada saraf optik (optic atrophy)

5. Penglihatan berganda (double vision)

6. Kebas pada sebahagian badan

7. Selera makan bertambah, sering mengantuk dan badan bertambah gemuk jika tumor dihadapi terletak di hopotalanus

8. Jika tumor dihidapi membabitkan kelenjar pituari (mengeluarkan hormon tumbesaran) pesakit boleh mendapat penyakit lain iaitu 'acromegely' sejenis penyakit yang menyebabkan pembesaran yang tidak terkawal

9. Pesakit mungkin mengalami:
a. Bengkak pada saraf optik (papilloedema)
b. Juling mata dan pergerakan mata menjadi terhad
c. Ketidakseimbangan terhadap tindak balas refleks yang dilakukan oleh doktor

SENARAI BACAAN AYAT-AYAT PENAWAR UNTUK PENYAKIT KETUMBUHAN OTAK:

(Pesakit hendaklah berjumpa saya terlebih dahulu sebelum memulakan amalan-amalan ini.)

A. Amalan Minggu Pertama dan Kedua:

1. Surah Al-Anfaal ayat 72 hingga 75, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Al-A'raaf ayat 47 hingga 54, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

B. Amalan minggu ketiga dan keempat:

1. Surah Ar-Ra'd ayat 19 hingga 28, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Al-Qasas ayat 29 hingga 40, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.