Strok (Sakit Angin Ahmar)

Strok (Sakit Angin Ahmar)
Kategori Rohani
Pengenalan Dikenali sebagai sakit 'angin ahmar' adalah merupakan penyakit gangguan fungsi otak yang berlaku secara tiba-tiba
Jenis-jenis atau Punca Penyakit
Jenis-jenis penyakit:
Strok atau sakit angin ahmar terbahagi dua iaitu 'infark' dan pendarahan:

1. Infark pula terbahagi dua:

A. Trombotik
- Ia disebabkan oleh pembekuan darah dalam salah satu saluran darah. Darah yang beku menyebabkan aliran tersumbat tetapi tidak pecah
- Faktor berlakunya pembekuan darah ialah kerana terdapatnya ateroma (pengumpulan collagen dan kolestrol dalam dinding saluran darah). Apabila permukaan ateroma terhakis, sel-sel darah yang dinamakan 'platlet' dan 'fibrin' akan terkumpul di atas permukaan ateroma tersebut. Ia menutup permukaan yang terhakis dan seterusnya menyebabkan saluran tersebut tersumbat

B. Embolik
- Ia adalah merupakan serpihan darah beku yang mengalir dari satu tempat ke satu tempat yang lain

2. Pendarahan otak berlaku kerana saluran darah pecah. Ia disebabkan olah:
1. Penyakit darah tinggi yang tidak terkawal
2. Kelainan saluran darah semasa lahir (aneurism) atau terdapatnya kebonjolan pada dinding saluran darah yang menyebabkan pecah
3. Kelainan pada 'arteriovenous malformation' (AVM)
4. Kelainan proses pembekuan darah

Punca penyakit:
1. Ateroma terjadi disebabkan oleh darah tinggi, paras kolestrol yang tinggi dalam darah, diabetes, tabiat merokok, pil perancang, obesiti, penyakit jantung dan alkohol

2. Penyebab terjadinya trombosis ialah
- Polisitemia (kenaikan sel-sel darah merah menjadi pekat)
- Trombositemia (kenaikan sel-sel platlet)
- Leukimia (peningkatan sel-sel putih)
- Diabetic ketaosidosis (paras gula yang telalu tinggi dan kurang air dalam tubuh)

3. Faktor yang menyebabkan berlakunya darah beku
- 'mitral stenosis' iaitu injap yang sempit
- Denyutan jantung yang tidak tetap
- penyakit 'atrial fibrillation' di mana ruang atrium kiri bergetar tetapi tidak mengepam
- Injap prostetik (kombinasi injap plastik dan besi)
- Sesetengah penyakit jantung yang semulajadi (congenital) iaitu kardiomiopati dan penyakit jantung iskemik.


Dalam pengalaman penulis merawat pesakit-pesakit stroke atau angin ahmar ini, pendarahan (haemorrage) atau pembekuan (blood clot) adalah kesan sakit stroke. Punca kepada pendarahan dan pembekuan ini adalah disebabkan oleh sejenis makhluk halus atau sejenis jin yang di namakan jin "ahmar". Jin ahmar ini selalunya akan masuk kedalam badan pesakit dan menyerang otak dan urat saraf pesakit. Selalunya ia akan menyerang salaran darah pesakit dan mengakibatkan pendarahan atau pembekuan darah di dalam otak pesakit. Didalam setiap pesakit angin ahmar ini selalunya terdapat diantara 20 hingga 30 jin ahmar yang menghinggap di dalam otak dan urat saraf pesakit.

Sintom - Lumpuh bahagian badan seperti sebelah badan kiri atau kanan atau separuh bahagian badan ke bawah dari pinggang ke kaki, atau tangan sahaja.

- Kehilangan keupayaan bercakap atau bertutur.

- Lupa atau "memory loss"

- Muka atau mulut senget sebelah.

- Penglihatan terjejas

SENARAI BACAAN AYAT-AYAT PENAWAR UNTUK PENYAKIT STROK ATAU SAKIT ANGIN AHMAR:

(Pesakit hendaklah berjumpa saya terlebih dahulu dan saya perlu sentuh badan pesakit sebelum memulakan amalan-amalan ini. Jin-jin ahmar mesti di keluarkan dahulu dari dalam badan pesakit sebelum meneruskan perubatan.)

A. Amalan Minggu Pertama dan Kedua:

1. Surah Asy-Syu'araa' ayat 95 hingga 118, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Adz-Dzariyaat ayat 31 hingga 50, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

B. Amalan Minggu Ketiga dan Keempat:

1. Surah Al-Israa' ayat 79 hingga 94, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Al-Ahqaaf ayat 21 hingga 28, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

B. Amalan Minggu Kelima dan Keenam:

1. Surah Al-Hasyr ayat 18 hingga 24, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Ar-rad ayat 19 hingga 34, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.